Sunday, April 15, 2012

Istiqamah

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khawatir pada mereka dan mereka tidak pula bersedih hati - AlAhqaf : 13

Apakah Bezanya,...

Apakah sebenarnya perbezaan antara seorang muslim dan seorang yang kafir, adakah pada pakaiannya, makan yang dijamahnya, nama yang orang ramai mengenalinya atau perkara-perkara fizikal yang lain..Inilah persoalan yang perlu kita hayati agar kita memahami apakah implikasi atau apakah kesan yang harus ditonjolkan apabila seseorang itu menjadi muslim. Apakah kayu ukur atau perkataan barunya ketika ini barometer dimana seseorang itu bergelar sebagai muslim. Adakah cukup sekadar melafazkan syahdatain seseorang itu layar digelar sebagai seorang muslim yang pastinya dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t. Sebenarnya apa yang perlu kita fahami, keislaman yang dianuti itu haruslah disertai dengan kefahaman yang tulen, kerana kebodohan dalam memahami islam ini akan memudahkan seseorang itu terjerumus kedalam api kekufuran. Kefahaman yang tulen inilah yang bakal dapat memandu seseorang itu dalam melihat jalan yang harus dilaluinya sepanjang hidup ini agar dia tidak tergelincir dan tersasar daripada tujuannya mencari dan mengapai redha Allah S.W.T. sebagai seorang muslim yang sempurna dan sebenar.

Monday, April 9, 2012

Manhaj Perubahan yang Sebenarnya

Dirikanlah Islam dihati-hatimu nescaya islam akan tertegak diatas bumimu - Hassan Hudaibi. Sesungguhnya jalan dakwah ini adalah jalan yang panjang dan memerlukan kepada penelitian langkah dan amal. Ia haruslah dijauhkan daripada sikap terlalu gopoh menginginkan kemenangan. Perubahan yang ingin dikecapi haruslah melalui perubahan dasar dan akar bukanlah perubahan yang dimanifestasikan di ranting dan dahan-dahan. Ia haruslah mendasar kedalam jiwa individu kerana perubahan yang mendasar ini akan melahirkan perubahan keatas perkara - perkara yang selainnya. Dakwah ikhwan itu sentiasa menjauhi corak perubahan yang berbentuk revolusi dan secara kekerasan kerana mereka memahami bahawa perubahan yang didasari oleh paksaan pasti tidak dapat bertahan lama dan kekal apabila menghadapi suatu dugaan dan rintangan masa....

Friday, April 6, 2012

Golongan Manusia

Hassan Al-banna mengariskan 4 golongan manusia
1) Mukmin - Mereka yg beriman dan menyokong fikrah kita
2) Mutaraddid - Mereka yang tidak jelas kebenaran terhadap kita, kepada mereka kita menyeru agar mendekati kita agar memahami perjuangan sebenar yang dibawa
3) Nafi'y - Mereka yang tidak mahu menghulurkan pertolongan kecuali seandainya mereka memperolehi faedah yang setimpal.
4) Mutahamil - Mereka yang sentiasa memburuk-burukkan kita

Bermulanya suatu perjalanan

Disini kakiku melangkah, membenam tapak-tapak ke atas mukabumi, menandakan bahawa kehadiran dan ketibaan ku disuatu waktu. Seringkali ramai orang terfikir dari manakah kita datang dan kemanakah kita akan kembali. Soalan yang sering tercanang dan bermain difikiran setiap insan yang bernyawa. Dimanakah kita bakal memperolehi jawapannya kalo bukan didalam peninggalan terbesar dan khazanah paling berharga dalam diri manusia. Akal fikiran ini tidak mungkin dapat mencapai dan memahami erti kehidupan seandainya ia tidak dipandu dan ditunjuk arahnya oleh yang Maha pencipta. Marilah kita kembali mengorak langkah hidup ini kembali menuju negeri yang kekal abadi sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.